Jumaat, 15/05/2009 – Fawzi Barhoum, jurucakap HAMAS menegaskan bahawa Briged al-Qassam iaitu sayap tentera bagi HAMAS bekerja bertungkus lumus siang dan malam bagi mengosongkan penjara Zionis daripada kesemua tahanan, dan bertegas bahawa rundinganlah yang menyebabkan isu tawanan, bandar al-Quds dan pelarian tidak dihiraukan lagi.
Beliau berkata demikian semasa menerima sambutan besar-besaran di perkampungan al-Tuffah, bandar Gaza iaitu bandar berasalnya Muhammad Kamal al-Aayi seorang tawanan yang dibebaskan oleh penjajah pada Rabu (13/5) setelah ditahan selama 17 tahun. Rundinganlah yang menggelapkan isu tawanan, bandar al-Quds dan orang pelarian. Beliau seterusnya menegaskan pihak pejuang terutamanya Briged al-Qassam akan mengembalikan semua tahanan kepada keluarga mereka dengan izin Allah melalui penculikan lebih ramai tentera zionis.
Pemimpin itu juga menegaskan HAMAS tidak akan menyerah kalah sehinggalah janji ini terlaksana dan segala hak rakyat Palestin dikembalikan.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
One reply on “Barhoum: Briged al-Qassam bekerja siang malam kosongkan penjara Israel.”
bersama-samalah kita berdoa agar ketenangan rakyat palestin tercapai….