Categories
Berita Semasa

Pimpinan Fatah tolak Abbas.

Jumaat,  15/05/2009 – Terdapat sumber media Palestin yang menyatakan beberapa pimpinan Fatah yang menolak untuk berada bersama kerajaan baru yang akan dibentuk oleh Mahmud Abbas dan diketuai oleh Salam Fayyad. Barisan kerajaan Fayyad terdiri daripada beberapa figur dari Fatah dan daripada fraksi-fraksi PLO.

Parti Rakyat Palestin dan Gerakan Bebas Palestin menolak untuk bergabung dengan kerajaan yang bakal dibentuk kerana kerajaan yang bakal dibentuk tidak mampu menyelesaikan masalah utama Palestin dan perpecahan di Gaza dan Tebing Barat. Selain itu, usaha dialog antara Hamas dan Fatah yang masih berlanjutan menyebabkan mereka menarik diri untuk bergabung pada kerajaan baru. Bagi Parti Rakyat Palestin pula, mereka menyifatkan kerajaan baru ini tidak akan menyelesaikan masalah rakyat Palestin secara menyeluruh. Keyakinan untuk menjuarai permasalahan rakyat amat jauh sekali.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ 
penterjemah :  Abu Awatif