HAMAS : Kerajaan Baru PA Tidak Ke Mana


Jumaat, 25/2/2005 – HAMAS semalam berkata formasi kerajaan baru PA tidak lebih hanya sebagai hubungan dalaman PA sahaja daripada sebuah kerajaan yang mewakili rakyat Palestin.


Sami Abu Zuhri, jurucakap HAMAS berkata di Jalur Gaza, kerajaan PA tidak dapat memperkenalkan
apa2 perubahan kerana mereka hanya bertindak
di kalangan mereka sahaja.

Kerajaan sekarang hanya akan berada dalam
situasi statik kerana tidak berupaya menerima
perubahan dan setiap keputusan hanya tunduk
kepada tekanan Amerika.