Isnin , 13/07/2009 – MP British, George Galloway telah mengumumkan bahawa beliau telah merancang satu konvoi kebajikan yang ketiga iaitu lifeline-3 dengan penyertaan presiden Venezuela, Hugo Chavez.
Galloway memberitahu akhbar Mesir, ‘Al-Masri Al-Youm’ yang disiarkan Sabtu lalu bahawa beliau akan meneruskan pengelolaan konvoi bantuan untuk menghapuskan pengepungan ke atas rakyat Palestin.
MP tersebut, yang kini berada di Kaherah mengetuai konvoi lifeline-2 ke Semenanjung Gaza dengan penyertaan 200 rakyat Amerika. Beliau berkata yang lobi Zionis di Amerika Syarikat cuba untuk menghalang konvoi tersebut dengan membuat tiga permintaan kepada peguam negara Amerika tetapi gagal.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul