Rabu , 15/07/2009 – Penjara Israel Di Hadarim telah mengurangkan dua pertiga makanan kepada tahanan Palestin, demikian didakwa Kelab Tahanan Palestin pada hari Selasa.
Sidki Tamimi yang sedang menjalani hukuman penjara 35 tahun berkata penguasa penjara memberi sebuku roti dikongsi dengan tiga orang walhal sebelum ini sebuku roti untuk seorang. Salama Mar’ee yang ditahan selama 17 tahun bekata penjara Israel mahu mengurangkan roti dan meningkatkan sayur-sayuran dan buah-buahan tetapi perkara itu tidak berlaku.
Lebih 11,000 orang Palestin di tahan di penjara Israel dalam keadaan yang daif dan mereka yang sakit diabaikan daripada mendapatkan rawatan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous