Categories
Berita Semasa

Hayya : Fatah memaklumkan Parti-parti Arab bahawa ia tidak berminat dengan persepakatan.

Selasa , 14/07/2009 – Khalil Al-Hayya, ahli Biro Politik Pergerakan Hamas mendedahkan bahawa pihak Fatah sebenarnya tidak berminat untuk menjayakan dialog kebangsaan untuk mengakhiri konflik dalaman Palestin.

Di dalam satu seminar politik yang diadakan di Kem Pelarian Jabalia pada malam Ahad lalu, Hayya memaklumkan bahawa Fatah tidak serius dalam mencapai kesepakatan dengan Hamas, kerana seperti apa yang diberitahu kepada parti-parti Arab yang lain, bahawa kesepakatan itu hanya akan memihak kepada Hamas.

Pendedahan pemimpin Hamas itu merupakan satu lagi bukti kedegilan Fatah membebaskan tahanan politik di penjara-penjara Tebing Barat. Menurut Hayya lagi, sekiranya perunding-perunding Fatah diberi kebebasan dalam membuat keputusan, tentunya perjanjian persepakatan akan dapat dicapai dalam masa terdekat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa