Selasa , 21/07/2009 – Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza menegaskan bahawa mereka menyokong konfrontasi terhadap pencerobohan Israel. Kerajaan menyifatkannya sebagai usaha untuk menentang kezaliman dan serangan-serangan oleh pihak Israel terhadap penduduk Gaza.
Taher al-Nunu, jurucakap kerajaan berkata kepada Agensi Berita Safa pada Ahad lalu bahawa tiada tahanan politik mahupun penentang pencerobohan Israel yang ditahan di penjara-penjara kerajaan.
Menurut beliau lagi, kerajaan Palestin sentiasa mematuhi undang-undang serta kepentingan negara apabila berhadapan dengan semua pergerakan dan sayap tentera.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa