Selasa , 21/07/2009 – Sumber perubatan Palestin melaporkan, seorang kanak-kanak Palestin yang cedera ditembak tentera Israel berhampiran sempadan Semenanjung Gaza, petang Ahad lalu mati dalam perjalanan ke Hospital Be’er Sheva’.
Kanak-kanak yang diculik tentera Israel itu walaubagaimanapun didakwa cuba menyusupi masuk melalui bahagian utara Semenanjung Gaza. Tentera Israel mendakwa, mereka bertindak demikian (menembak kanak-kanak tersebut) selepas dia gagal mengikut arahan mereka.
Manakala sumber perubatan Israel berkata, keadaan kanak-kanak itu sangat serius walaupun dipindahkan ke hospital lain, berikutan tembakan berganda dibahagian dadanya. Bagaimanapun, kanak-kanak yang masih belum dikenal pasti identitinya mati keesokkan harinya.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : alfishahrin_85
One reply on “Gaza Utara: Seorang kanak-kanak ditembak mati tentera Israel.”
HasbiAllah wa Ni’mal wakil..