Categories
Berita Semasa

(Terkini) 11 lagi rakyat Palestin ditangkap tentera rejim Zionis

Rabu , 22/07/2009 – Angkatan tentera rejim Zionis semalam menangkap 11 lagi rakyatPalestin daripada pelbagai daerah di Tebing Barat antaranya di Tulkarem, Bethlehem dan Al-Khalil.

Manakala sumber tempatan pula melaporkan, puak Yahudi telah mencederakan seorang penduduk Palestin Isnin lalu, selepas askar-askar rejim Zomemaksa mereka keluar dari sebuah perkampungan di daerah Al-Khalil.

Puak Yahudi yang merampas tanah penduduk Palestin itu dimaklumkan mengamuk dan bertindak mencampakkan batu-batu pada rakyat Palestin dan kereta-kereta mereka selain menghina mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : alfishahrin_85

2 replies on “(Terkini) 11 lagi rakyat Palestin ditangkap tentera rejim Zionis”

Comments are closed.