Rabu , 22/07/2009 – Sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa berpuluh-puluh pendatang Yahudi telah membakar tanah pertanian milik rakyat Palestin pada pagi Isnin lalu, yang terletak di beberapa buah kampung di selatan bandar Nablus, Tebing Barat.
Mereka turut memaklumkan bahawa pembakaran itu bermula di kawasan antara Kampung Til dan Madma, serta selatan Kampung Burin, tanpa tanda-tanda yang menunjukkan pendatang-pendatang Yahudi akan menghentikannya. Pembakaran ini merupakan salah satu kaedah pencerobohan Israel.
Tambah mereka lagi, jenayah ini merupakan satu tindakan membalas dendam oleh para pendatang Yahudi yang telah diarah mengosongkan rumah mereka di sekitar bandar Sinjel, berdekatan Nablus dan Ramallah.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa