Selasa, 04/08/2009 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sedang merancang untuk mnjelajah Eropah bagi berbincang dengan rakan sejawantnya di British, Gordon Brown; Canselor Jerman, Angela Merkel; dan Duta Khas US di Timur Tengah, George Mitchell di London.
Pertemuan antara Netanyahu dan Mitchell akan berlangsung pada hujung bulan ini. Sumber Israel menerangkan pertemuan ini adalah sangat penting. Kementerian Luar Israel membuat satu kenyataan, Ibu Pejabat PM Israel telah berusaha membuat isi perbincangan pada pertemuan Netanyahu-Mitchell itu yang bakal berlangsung pada 26 Ogos di London.
Mereka bakal membincangkan isu-isu yang masih belum selesai termasuk rundingan damai dengan Palestin, dan US mahu Israel membekukan aktiviti penempatan di dalam wilayah Palestin termasuk merobohkan pos-pos kawalan tentera yang dibina secara haram. Mereka juga bakal membincangkan hasil Kongres Fatah yang berlangsung pada Selasa ini di Baitul Lahm, Tebing Barat.
Namun begitu, pertemuan ini masih memerlukan kelulusan dari kabinet Israel. Netanyahu bakal didiringi Penasihat Keselamatan Negara, Uzi Arad, dan Duta Khas dalam isu Palestin, Yitzhak Molcho. Dalam masa yang sama, sumber berita Israel, Israeli Ynet melaporkan, dua hari selepas pertemuan dengan Mitchell, Netanyahu bakal bertemu dengan Canselor Jerman, Angela Merkel.
Kedua-dua pemimpin itu bakal membincangkan isu Iran. Sumber berita Israel itu juga melaporkan, Netanyahu bakal berjumpa dengan beberapa pemimpin Eopah selepas itu antaranya Presiden Perancis, Nicolas Sarkozi dan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi. Sarkozy dan Berlusconi sebelum ini dilaporkan, meminta Netanyahu membekukan segala pembinaan dan usaha meluaskan penempatan Yahudi di wliyah yang diduduki rakyat Palestin.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : mujaheed929