Categories
Berita Semasa

Pemimpin kanan Briged Aqsa akan hadiri Persidangan Fatah di Baitulham.

Rabu,  05/08/2009 – Zakariyya Zobeidi, pemimpin Briged Al-Aqsa yang merupakan sayap tentera pergerakan Fatah yang berkhidmat di Tebing Barat serta 24 anggotanya berketurunan Palestin yang telah diberi ampun oleh Israel, dijangka akan menghadiri majlis perasmian pembukaan Persidangan Fatah Kali Ke-6 di Bailtulham, Tebing Barat pada hari Selasa.

Anggota-anggota briged tersebut telah diberi ampun oleh Israel sebagai petanda hubungan baik dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Perjalanan mereka akan dikoordinasi bersama tentera Israel. Akhbar Israel Ynet melaporkan bahawa pegawai-pegawai Fatah menganggap perkembangan terbaru ini menandakan era baru hubungan antara pergerakan itu dengan Israel.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa