Rabu, 05/08/2009 – Pusat Arahan Tentera Israel meminta kerajaan untuk berundur dari kampung Lebanon Ghajar,sempadan Lebanon dan menyerahkannya kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai sebahagian inisiatif perdamaian tajaan AS.
Sumber Israel menyatakan satu laporan mengenai isu itu telah diserahkan kepada Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman yang akan menyatakan responnya semasa mesyuarat dengan Kabinet Keselamatan Negara.
Sementara itu, penganalisis politik Israel menyatakan pengunduran daripada kampung Lebanon yang dilaksanakan oleh Israel merupakan isyarat baik terhadap usaha Amerika Syarikat bagi mencapai keamanan di rantau itu.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz79