Categories
Berita Semasa

Abbas : “Kami mecari keamanan, tetapi kami pertahan hak kami dalam menghukum pemberontak”.

Khamis,  06/08/2009 – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, membuat kenyataan pada petang Selasa, bahawa Pihak Keselamatan Palestin sentiasa komited dalam proses keamanan berdasarkan prinsip-prinsip keadilan dan undang-undang antarabangsa, tetapi tambah beliau lagi, rakyat Palestin layak mempertahankan hak mereka untuk menghukum puak pemberontak yang dijamin undang-undang antarabangsa. Dalam ucapan perasmiannya di Mesyuarat Agung Fatah Kali Ke-6 di Baitul Lahm, Tebing Barat, Abbas menyatakan hak untuk bertindak balas. Beliau menambah lagi, rakyat Palestin tidak akan menerima untuk diheret ke dalam kancah pemberontakan, dan sentiasa mahu komited dalam mempertahankan prinsip kesalahan memberontak.

Sebagai sebuah Organisasi Liberasi Palestin ( PLO ), Abbas menyatakan organisasi ini adalah tempat tinggal bagi rakyat Palestin sehingga mampu menubuhkan sebuah Negara Palestin merdeka. Beliau menambah lagi, gerakan Fatah telah menguruskan untuk kekal membantu dan memimpin golongan yang mendesak, dan membuktikan bahawa parti itu masih meneruskan peranan di bawah payung PLO. Apabila dirujuk serangan Israel yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestin, Abbas menegaskan serangan dan peningkatan aktiviti penempatan haram Israel telah bertentangan dengan usaha antarabangsa dalam mencari keamanan dalam wilayah bergolak itu, dan boleh menghapuskan usaha murni itu.

Dalam menjawab isu dalaman, Abbas memberitahu bahawa terdapat jalan penyelesaian konflik antara Fatah dan Hamas sebelum menyelesaikan hubungan Hamas dengan paksi PLO dan pihak keselamatan Palestin. Beliau menambah lagi, prasyarat Hamas yang dalam setiap huraiannya membuktikan gerakan tersebut meletakkan syarat-syarat yang mustahil. Abbas juga dipetik berkata, pilihanraya umum legislatif dan presiden sepatutnya berlangsung di seluruh bahagian Palestin termasuk Gaza, Tebing Barat dan Baitul Maqdis.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : mujaheed929