Jumaat, 07/08/2009 – Akhbar Arab Saudi, Al Anbaa’ melaporkan pada Khamis, bahawa Israel sedang bersiap sedia untuk melakukan serangan terhadap Hizubullah di Selatan Lubnan. Akhbar tersebut menyatakan, Washington telah melatih untuk persiapan serangan tersebut. Akhbar tersebut menambah lagi, Pegawai Senior US memberitahu wartawan mereka, tentera Israel telah dibahagikan kepada unit latihan khas untuk bersiap sedia jika serangan terhadap Hizbullah diperlukan, terutamanya apabila menyerang pusat serangan Hizbullah di Sungai Litani.
Laporan ini hanya hadir selepas seminggu Sheikh Hassan Nasrallah, Jeneral Hizbullah berkata, Israel mungkin menyerang sumber kekuatan parti tersebut di Selatan Lubnan sebelum musim luruh. Beliau berkata, jika Israel menyerang Selatan Lubnan, para pejuang mereka akan melancarkan roket ke Tel Aviv. Sebelum ini, akhbar Times di London melaporkan pada minggu lepas, mendakwa Hizbullah menghasilkan 40,000 roket dan bahan-bahan mereka berdekatan dengan sempadan Israel. Akhbar tersebut juga melaporkan, para pejuang Hizbullah sedang berlatih cara bagaimana kesesuaian roket tersebut untuk dilancarkan ke Tel Aviv.
Pejuang Hizbullah telah menerima latihan menggunakan peluru perpandu jarak jauh, peluru perpandu dari permukaan ke permukaan, dan peluru perpandu anti-pesawat. Dalam perkembangan sama, PBB dan Israel secara berasingan menyatakan bahawa, Hizbullah semakin bertambah kuat semenjak Perang Kedua Lubnan pada 2006.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : mujaheed929
4 replies on “Tentera Israel bersiap sedia untuk menyerang Hizbullah di Selatan Lubnan.”
hizbullah adalah proksi israel dan amerika! mereka hadir utk mengkucar-kacirkan aqidah umat islam! mereka juga bekerjasama membunuh org2 mukmin di iraq, afghanistan, dan pakistan! berhati2lah wahai saudara seaqidahku..musuh islam menyerang dlm pelbagai rupa bentuk termasuk serangan saraf!! hendaklh kita menyelidik siapa mereka sepertimana yg dianjurkn islam sndiri..jgn mudah terima tnpa usul periksa
betoi ke hizbullah tu proksi israel?? camne hang tau?
yang berperang dgn israel di lubnan aritu team mana? aritu kata mayat2 depa tak bau busuk, tanda syahid.
hamba hanya insan lemah. Ya ALLAH tunjuk kan lah jalan yg lurus and berikan kekuatan kepada pejuang2 Islam Mu di Palestine,Iraq,Lubnan dan seluruh bumi Islam. Amin
berkaitan hal ni, yg mempertahankan lubnan dari srangan israel adalah org2 hamas yang berada di lubnan sana, jika saudara msih kabur, cuba tanyakan kpada sahabat2 saudara yg blajar di jordan atau syria..inSya-Allah mrk tahu-jika mrk ambil tahu isu umat islam di sana.. mereka (hizbullah) tlah di beri tahu oleh askar2 israel lebih awal tntg serangan yg akan dilakukan..dan mrk hizbullah ini dgn masa yg diberikan israel melarikan diri di bukit2 di sempadan lubnan itu..yg tggal di smpadan adlh org2 mukmin yg tiba2 trpksa berjuang sesama mrk tnpa snjata yg cukup speerti yg ada dgn hizbullah menghadapi israel LAKNATULLAH!
Dengan IZIN Allah mereka menang tp akhirnya hizbullah pula yg claim mereka yg menag padahal mrk lari dan mereka mengKAMBING-HITAMkan org2 mukmin di sana!!
salam…tp akhbar tempatan ada kata yg hizbullah suda lebih maju…suda dibekalkan peluru berpandu…macam mana lak tuh??…