Categories
Berita Semasa

Kumpulan hak asasi manusia desak siasatan ke atas kematian seorang tahanan politik.

Jumaat,  07/08/2009 – Institut “Kesatuan Hak Asasi Manusia Palestin” mendesak penubuhan sebuah suruhanjaya yang sah dari Palestin dan negara luar bagi menyiasat kematian seorang tahanan politik yang secara jelas telah diseksa oleh pihak keselamatan Palestin.

Wakil institut itu memaklumkan bahawa Sheikh Kamal Abu T’ema telah diseksa oleh pihak keselamatan pimpinan Presiden Mahmoud Abbas sehingga meninggal dunia. Institut itu juga telah mengedarkan pernyataan media semalam (Rabu) berkaitan 3 isu iaitu mendesak perbicaraan dilakukan ke atas pegawai-pegawai yang terlibat menyeksa anggota Hamas, semua penahanan politik mesti ditamatkan dan semua tahanan politik di penjara hendaklah dibebaskan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa