
Jumaat, 14/08/2009 – Sumber kententeraan Israel melaporkan bahawa dua orang penduduk haram mereka cedera ringan selepas dua orang pejuang Palestin membuat tembakan rambang ke kenderaan penduduk haram tersebut di kawasan penempatan haram Yahudi Givat Horoeh, Utara Tebing Barat. Kedua-dua orang mangsa tersebut kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital Israel di Baitul Maqdis, dan tentera Zionis menggerakkan usaha menjejaki pejuang tersebut.
Sumber tentera Zionis mengatakan, siasatan awal menunjukkan, kedua-dua mangsa tersebut sedang memandu dari penempatan haram Eli ke Maale Levona. Tiga orang penduduk dari penempatan tersebut membuat laporan di pos tentera Zioni di pintu masuk Maale Levona.
Seorang penduduk haram Israel memberitahu kepada Ynet News, di telah melihat dua orang pejuang di bawah pohon zaitun, dan dia terus menelefon pegawai keselamatan tempatan di Givah Horah.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : mujaheed929