Jumaat, 14/08/2009 – Media Israel melaporkan bahawa Israel telah meminta Syria memberinya maklumat tentang seorang tenteranya yang hilang berdekatan sempadan Syria 12 tahun yang lalu.
Tentera tersebut yang dikenali sebagai Guy Hever dikatakan besar kemungkinan bukan hilang semasa bertugas kerana dia dilihat kali terakhir berada di kem tentera di Golan Heights pada bulan Ogos, 1997. Dalam mesyuarat bersama Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov pada bulan lepas, pegawai-pegawai Israel telah meminta Rusia menyampaikan permintaan mereka itu ke Damascus.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa