Jumaat, 21/08/2009 – Kerajaan Ismail Haneyya di Gaza memutuskan untuk membebaskan 50 tahanan daripada kumpulan Fatah sempena kedatangan Ramadhan al-Mubarak dan 50 tahanan yang lain, demikian diputuskan dalam mesyuarat mingguan mereka.
Mesyuarat yang sama menyentuh tindakan pasukan penguatkuasa yang tidak dielakkan di Gaza yang terpaksa menundukkan satu kumpulan yang menuntut penubuhan Emiriyah Islam di Rafah secara kekerasan. Mereka juga mengutuk rancangan kerajaan PLO memanggil mesyuarat Majlis Kebangsaan Palestin tanpa referendum kebangsaan, dan ini akan melanggar perjanjian yang telah dibuat di Mesir antara kumpulan-kumpulan Palestin.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : anonymous