Jumaat, 21/08/2009 – HAMAS mengumumkan penolakannya terhadap hasil laporan yang dikeluarkan oleh Yayasan al-Haqq mengenai situasi yang menyelubungi kematian Hamadnah, salah seorang pejuangnya di dalam penjara militia Mahmoud Abbas di Tebing Barat pada minggu lepas. Ia menegaskan bahawa laporan tersebut dibuat secara tergesa-gesa dan dipenuhi dengan pelbagai kecacatan.
Dr Sami Abu Zuhri, jurucakap HAMAS berkata dalam satu kenyataannya pada hari Rabu (19/8) yang salinannya diterima oleh Pusat Media Palestin: “Laporan tersebut dibuat secara tergesa-gesa dan dipenuhi dengan pelbagai kecacatan, serta memberi peluang kepada para penjenayah untuk menyembunyikan jenayah yang telah mereka lakukan.”
Beliau menambah: “Antara kecacatan laporan tersebut ialah ketiadaan penjelasan dari sudut perubatan tentang kewujudan serpihan-serpihan kaca di dalam perut mangsa dan ketidaklengkapan hasil pemeriksaan makmal sebagaimana dinyatakan sendiri oleh laporan itu sendiri, meskipun pemeriksaan tersebut amat penting, begitu juga dengan kesimpulan laporan perubatan tentang ‘mencekik diri sendiri’ yang datang dalam bentuk menerima salah satu kebarangkalian, bukannya berbentuk kepastian.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir