Baitul Muqaddis DiTutup

Khamis, 7/4/2005 – Lantaran daripada amaran pihak pelampau Yahudi yang ingin menyerang Baitul Muqaddis, pihak Israel telah mengarahkan kawasan tersebut ditutup.

TV Israel berkata keputusan tersebut dibuat setelah
pihak keselamatan Shin Beth menerima maklumat
akan serangan tersebut. Radio Israel berkata penutupan tersebut hanya kepada Yahudi dan Kristian tetapi tidak kepada Muslim.

Penutupan ini dibuat sebelum rancangan puak pelampau Yahudi yang ingin berdemostrasi terhadap rancangan pengunduran oleh Ariel Sharon. Seorang Rabbi Israel berkata dia menjangkakan ribuan
Yahudi akan menyertai demonstrasi Ahad ini. Rabbi David Elboim yakin sekurang2nya 10 ribu Yahudi
akan menyahut seruannya.

Sebarang kemusnahan pada kawasan Baitul Muqaddis pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam sedunia.