Khamis, 7/4/2005 – 4 rakyat Palestin cedera parah akibat tembakan mesin gan oleh rejim Zionis sewaktu mereka mempertahankan tanah mereka di Deir Ballot berhampiran Tebing Barat.
Mereka adalah Amjad Dawood Abdullah (33 thn), abangnya Maher (28 thn), Khalil Abdullah (54 thn) dan Hamadah Abdul Wahab (24 thn) cuba mempertahankan tanah mereka daripada dicerobohi traktor rejim Zionis. Bahkan rejim itu menembak mereka dari jarak dekat.
Manakala di bandar Khalil pula, sekumpulan penduduk fanatik Yahudi telah menyerang keluarga Al-Sharbati supaya mereka keluar dari rumah mereka.