Isnin, 11/4/2005 – Pada Ahad lepas (10/3/2005), seramai 31 orang Yahudi berhaluan kanan telah ditangkap kerana merancang utk berdemonstasi di Baitul Muqaddis. Turut ditangkap adalah seorang anggota HAMAS. Walaubagaimanapun , demonstrasi tersebut berjaya dikawal.
Penduduk Yahudi dari pergerakan Revava hadir semalam (10/3/2005) mengatakan akan hadir seramai 10,000 orang tetapi halangan daripada polis menyebabakan jumlah tersebut berjaya dikurangkan.
Demonstrasi Yahudi semalam berjaya dikawal
Mereka menjerit “Gestapo” ke arah polis sambil membaling batu ke arah polis. Perhimpunan dapat disuraikan pada sebelah tengah hari. Mereka yg ditangkap walau bagaimanapun dibebaskan beberapa jam kemudian.
“Kami datang ke sini untuk menunjukkan kepada dunia kami tidak boleh bersembahyang di sini(Baitul Muqaddis)”, Efraim Cohen, 21 tahun , salah seorang penunjuk perasaan Yahudi memberi komen.”Jika Sharon memikirkan proses menghalau kami dari Gaza adalah mudah, dia silap. Kami akan terus mempertahankan”, ujar dia lagi.
Pemuda Palestin sudah berkawal di kawasan Baitul Muqaddis untuk menghadapi sebarang kemungkinan serangan Yahudi
Salah seorang pemimpin HAMAS dari Tebing Barat, Hasan Yusuf turut ditangkap semalam selepas memasuki kawasan Baitul Muqaddis. Ribuan muslim Palestin telah berkumpul di dalam kawasan Masjid
al-Aqsa bagi mempertahankan kawasan tersebut dari serangan Yahudi.
“Lebih kurang 15,000 orang muslim Palestin berkumpul disini dan menunaikan solat Subuh”, Yusof memberitahu al-jazeera semalam. “Kami menyeru negara Islam supaya bersegera menyelamatkan Masjid Aqsa yang suci ini. Ini merupakan roh dan jasad tidak dapat hidup tanpa roh”, kata beliau lagi.