Bush Menyarankan Sharon Hentikan Peluasan Penempatan

Selasa, 12/4/2005 – Presiden US, George Bush
menyarankan Ariel Sharon supaya menghentikan sebarang aktiviti perluasan penempatan di Tebing Barat.


Pegawai Palestin menyambut baik kenyataan Bush
tetapi kecewa kerana ia adalah amat tidak realistik untuk mengosongkan secara total pendudukan Israel.

“Kami berharap Ariel Sharon mendengar saranan Bush kerana sebarang penyambungan aktiviti peluasan penempatan akan memusnahkan
visi 2 negara”, ujar Saib Uraiqat, perunding bagi pihak PA.

Di dalam mesyuarat bersama Sharon di Texas, US, Bush menjelaskan pendiriannnya terhadap pencabulan Sharon terhadap pelan damai.
“Saya telah memberitahu dia (Sharon) agar mengosongkan sebarang penempatan
bagi mencapai pelan damai ini”, kata Bush kepada wartawan.