Zahhar menegaskan komitmen HAMAS untuk bertenang

Gaza, Selasa, 12/4/2005 ? Dr. Mahmoud Al-Zahhar (gambar) , salah seorang daripada permimpin HAMAS yang terkemuka, telah menegaskan bahawa organisasinya komited kepada tempoh bertenang tetapi berpegang kepada hak untuk bertindak balas terhadap mana-mana pencabulan Israel.

Zahhar, ketika beucap di perhimpunan di Timur Shujaiah, pinggir Bandar Gaza, berkata bahawa peristiwa pembunuhan tiga kanak-kanak di Rafah adalah pencabulan serius kepada syarat-syarat tempoh bertenang yang telah diwar-warkan oleh kumpulan-kumpulan gerakan pembebasan.

Beliau menyatakan bahawa memberhentikan keganasan terhadap rakyat Palestin adalah salah satu daripada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh gerakan-gerakan agar meraka bertenang.

?Israel seharusnya mengetahui bahawa apabila tiga mati syahid maka peluru-peluru berpandu akan menghujani penempatan-penempatan mereka,? beliau berkata, dan menambah bahawa tentera-tentera Israel telah membunuh tiga orang kanak-kanak lelaki yang tidak bersalah tanpa perikemanusiaan.

“HAMAS menerima sebarang pengunduran Israel dari mana-mana inci bumi Palestin dan pada masa yang sama tidak akan menyerahkan satu inci pun bumi Palestin”


?Kita tidak akan berpeluk tubuh terhadap pencabulan-pencabulan dan setiap kali mereka mencabuli syarat-syarat tempoh bertenang kita akan bertindak balas,? Zahar menegaskan, dan mengulangi bahawa kumpulan-kumpulan gerakan pembebasan telah bersetuju kepada tempoh bertenang dan bukan perdamaian sementara.

Pemimpin HAMAS tesebut memberikan amaran bahawa pencerobohan terhadap Masjid Aqsa akan menamatkan tempoh bertenang dan akan mengakibatkan kebangkitan yang akan mengoncangkan dunia.

Beliau menyatakan bahawa organisasinya akan menerima sebarang pengunduran Israel dari mana-mana inci bumi Palestin dan pada masa yang sama tidak akan menyerahkan satu inci pun bumi Palestin.

Zahhar berkata bahawa ketua PA Mahmoud Abbas dan kerajaan Mesir telah memohon semua gerakan untuk bertenang selama beberapa bulan untuk membolehkan Israel berundur dan mereka telah menerimanya.

Beliau menerangkan, ?Kita telah bersetuju untuk membenarkan ruang untuk reformasi-reformasi dalaman dan untuk mengadakan pilihanraya.?

Bagaimanapun, gerakan-gerakan telah menetapkan tiga syarat, pertama menghentikan semua keganansan terhadap rakyat, membebaskan semua tahanan dan mengadakan pilihanraya.

HAMAS akan menyertai PLO untuk berkhidmat kepada rakyat Palestin dalam pelarian dan akan mempertahankan hak mereka untuk kembali, Zahar menungkapkan.

Beliau telah menegaskan pernyataan bahawa HAMAS tidak mengubah strategi penentangan akan tetapi telah mengambil satu keputusan terhadap konflik secara berperingkat dan tidak akan sekali-kali menyerahkan hak keseluruhan bumi Palestin, yang beliau nyatakan adalah tanah Wakaf yang tiada siapa pun berhak untuk menyerahkan.