
Khamis, 01/10/2009 – Jawatankuasa Anti Sekatan Gaza menyambut kedatangan bantuan konvoi dari Eropah yang diberi name “Miles of Smiles” yang membawa maksud Senyuman Yang Berpanjangan yang berlayar dari Pelabuhan Hamburg, Jerman ke Pelabuhan Said, Mesir.
Jawatankuasa dalam satu kenyataan akhbar berkata konvoi tersebut membawa 100 trak serta ambulan dan kereta bagi membantu golongan khas dan disertai aktivis dari Eropah dan Arab. Fasa pertama penghantaran sebanyak 50 trak sudah sampai di Pelabuhan El-Arish di Mesir.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous