
Jumaat, 02/10/2009 – Pegawai senior Hamas, Ismail Radwan Rabu lalu berkata kerajaan penceroboh Israel tidak mempunyai pilihan lain kecuali berurusan dengan penculik askar Israel, Gilad Shalit dan bersetuju dengan tuntutan mereka mengenai kesepakatan pertukaran tahanan.
Dalam satu kenyataan kepada saluran tv satelit, Al-Quds Radwan berkata berkat perjuangan rakyat Palestin yang dipelopori oleh Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas pendudukan Israel gagal membebaskan Shalit melalui kekuatan ketenteraan dan perisikan mereka.
Beliau menekankan bahawa prestasi ini menunjukkan bahawa kaedah berdiri teguh dan berjuang adalah cara terbaik untuk membebaskan tawanan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79