Khamis, 14/4/2005 – Mantan ketua agensi keselamatan dalam negeri Israel, Shin Bet (gambar) , telah memberikan amaran bahawa ?intifada ketiga? sedang berputik dan keganasan besar-besaran boleh meletus dalam tempoh beberapa bulan mendatang.
Bercakap kepada wartawan Ahad lepas, Avi Dichter menyatakan bahawa ada kemungkinan besar yang keganasan akan meletus kembali setelah Israel melengkapkan pembinaan tembok pemisah.
Pegawai-pegawai Israel berkata mereka menjangkakan tembok gergasi, yang melengkok jauh ke dalam kawasan Tebing Barat, akan siap sebelum akhir tahun ini.
Rejim Zionis adalah ibu kepada segala keganasan
Dichter mengusulkan bahawa jika tiada proses politik yang berkesan yang akan menghasilkan resolusi yang berkekalan terhadap konflik Israel Palestin, warga Palestin akan merasakan diri mereka di dalam kepungan.
Dichter juga menyatakan bahawa kestabilan regim Palestin yang sedang memerintah adalah ?tidak dapat dipastikan.?
Dichter tidak pula menyatakan apakah tindakan yang patut dilakukan oleh Israel dan masyarakat dunia bagi menyekat intifada yang lain, yang akan lebih berdarah dan ganas dari intifada yang baru sahaja tamat.
Pimpinan Palestin, termasuk presiden PA Mahmoud Abbas, telah berkata mereka akan memberikan peluang kepada pelan tindakan tajaan Amerika.
Bagaimanapun, tindakan Israel yang tidak menghentikan perluasan penempatan Yahudi dan ketidak inginan Amerika dan Eropah untuk mengenakan tekanan yang sebenar kepada Israel untuk mematuhi kandungan perjanjian ?pelan tindakan? tersebut adalah mebuktikan kegagalan pada pendapat umum masyarakat Palestin.
Pada bulan lepas, satu pungutan suara telah diadakan oleh pusat penyelidikan Palestin yang diyakini di Ramallah, telah menunjukkan bahawa sebanyak 65% rakyat Palestin tidak mempercayai bahawa perdamaian yang berkekalan dengan Israel akan berlaku.
Hanya 3.1% berpendapat ia akan berlaku.