Sharon Serahkan Pembahagian Al Aqsa Kepada Bush

Khamis, 14/4/2005 –Terdapat banyak sumber Zionis-Israel menyatakan bahawa PM Israel, Ariel Sharon akan membawa isu-isu mengenai pembahagian masjid Al Aqsa ke Amerika untuk dibincangkan dengan presiden Amerika, George W. Bush.

Seperti yang dikeluarkan dalam Islamtoday, dua orang penasihat Sharon sedang menyiapkan perancangan tersebut dan meminta kepada Amerika untuk mendukung rancangan Zionis-Israel membahagi-bahagikan kawasan masjid Al Aqsa. Palestin akan dipaksa untuk menerima rancangan itu.

Sementara itu, terdapat laporan baru yang dikeluarkan oleh Pusat Al Quds untuk HAM, Sosial dan Ekonomi menegaskan adanya rancangan pembinaan penempatan haram Yahudi baru. Rancangan pembangunan itu akan mencakupi pembangunan Hazzam yang mempunyai penempatan Yahudi di sebelah timur bandar Al Quds.