Categories
Berita Semasa

Pusat Media Palestin sertai pameran media digital di Tehran.

Jumaat, 02/10/2009 – Pada tahun ini sebagaimana biasa semenjak dua tahun berturut-turut, Pusat Media Palestin (PMP) menyertai Pameran Media Digital Ke 3 yang dianjurkan di ibunegara Iran, Tehran bermula pada hari Khamis (1/10) dan berlanjutan selama 10 hari.

PMP menyertai pameran tersebut melalui satu ruang pameran istimewa yang menjangkakan akan menerima kunjungan yang besar daripada para pengunjung dan juga para pegawai atasan serta orang-orang kenamaan. Ruang tersebut mengandungi pameran elektronik, gambar-gambar, lukisan-lukisan seni, pelbagai peta, buku-buku dan sebaran-sebaran kecil berkaitan isu Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir