Categories
Berita Semasa

Abbas jual hak Palestin.

Khamis, 08/10/2009 –Komuniti Palestin di Swiss mengutuk keras sikap pimpinan PLO yang meminta sesi pendengaran suara di Dewan Hak Asasi Manusia PBB ditunda. Penundaan itu ada kaitan dengan Laporan Goldstone. Sesi dan laporan itu sepatutnya dibentangkan dalam Dewan Keamanan dan akan dibincangkan di Dewan Hak Asasi Manusia kali ke-13 yang akan diadakan pada Mac 2010.

Masyarakat Palestina di Swiss mengatakan, “Laporan Goldstone telah mengutuk negara Zionis-Israel yang merampas Palestin kezaliman yang dasyat dan brutal terhadap Gaza. Laporan itu adalah bukti untuk melabelkan Zionis-Israel sebagai penjenayah perang dan dapat memboikot kerajaan Zionis-Israel.

Masyarakat Palestin yang berada di Swiss menyatakan bahawa tindakan para wakil PLO di PBB merupakan tali belenggu tambahan bagi Zionis Israel ke atas Palestin. Selain itu keputusan itu merupakan kejatuhan moral yang bertentangan dengan kepentingan dan hak-hak rakyat Palestin. Mereka turut menyatakan tindakan Abbas dan PLO mengguris perasan rakyat Palestin. Tindakan menjual hak Palestin demi mengejar hak-hak istimewa dan ilusi itu ditolak oleh rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif