Categories
Berita Semasa

Abbas menolak pertemuan tergempar tentang al-Aqsa.

Khamis, 08/10/2009 – Mahmoud Abbas yang jawatannya sebagai Presiden PA telah tamat bulan Januari lalu telah menolak gagasan yang menyeru diadakan pertemuan tergempar Arab bagi membahas serbuan Israel dan melakukan konfrontasi terhadap Aqsa, menurut sumber Palestin yang didedahkan.

Akhbar harian Mesir, Al-Syuruq pada Selasa lalu mengambil sumber yang mengatakan Abbas tidak mahu mendengar kritikan Arab terhadap keputusan terbaru untuk menangguhkan undian PBB bagi mengutuk jenayah perang Israel di Gaza. Hampir semua kumpulan dan agensi Palestin telah menentang permohonan Abbas untuk menangguhkan pengundian hingga Mac 2010 sementara Liga Arab dan Syria menyatakan kekesalannya atas langkah Abbas itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79