Categories
Berita Semasa

Barhoum: Hamas tidak menambah syarat baru dalam perjanjian damai.

Khamis, 08/10/2009 – Fawzi Barhoum, jurucakap Hamas, pada Khamis menafikan laporan akhbar bahawa gerakan tersebut telah menambah syarat baru untuk menamatkan perjanjian damai kebangsaan di sebalik pihak berkuasa Ramallah memutuskan untuk menangguhkan pungutan suara mengenai laporan hak asasi manusia PBB tentang perang Gaza.

Barhoum mengatakan bahawa Hamas prihatin dengan perjanjian damai yang diusahakan Mesir. Walaupun beliau menyatakan bahawa langkah Ramallah menunda pengundian pada laporan PBB bagi mengaitkan Israel dengan jenayah perang membawa pertanda tidak baik bagi pendamaian.

Beliau juga memberitahu bahawa Hamas tidak menerima sebarang maklumat baru dari Mesir tentang tarikh untuk menandatangani penjanjian damai yang baru.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : mujaheed929