Categories
Berita Semasa

Abbas disarankan untuk tidak kembali ke Ramallah.

Jumaat , 09/10/2009 – Sumber Palestin mendedahkan bahawa Mahmoud Abbas telah disarankan oleh beberapa penasihatnya agar menangguhkan perjalanannya ke Ramallah, Tebing Barat sehingga kemarahan memuncak dan skandal disebabkan oleh kedudukannya mengenai laporan Goldstone semakin reda.

Menurut Quds Press, sumber mengatakan penasihat politik dan keselamatan Abbas memintanya untuk tidak kembali ke Ramallah dan meneruskan dengan perjalanan serantau dan Eropah melalui program kunjungan yang lama sehingga kemarahan memuncak semakin berkurang.

Dalam pada itu, kementerian dalam negeri Palestin di Semenanjung Gaza Rabu lalu mengumumkan pihaknya mula memfailkan tuntutan saman atas nama polis dan pasukan keselamatan Gaza yang dibunuh oleh Israel semasa perang di Gaza terhadap semua pegawai PA di Ramallah yang bertanggungjawab menarik laporan Goldstone yang membabitkan jenayah perang Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79