Categories
Berita Semasa

Zionis mulakan pembinaan 105 unit rumah baru di wilayah Baitulmaqdis.

Jumaat , 09/10/2009 – Rejim Zionis pada hari Rabu telah memulakan pembinaan 105 unit rumah baru dekat Jabal Al-Mukabir di wilayah Baitulmuqaddis, lapor sebuah radio Israel. Laporan tersebut turut menambah bahawa satu upacara akan diadakan untuk meletakkan batu asas bagi pembinaan penempatan fasa kedua di mana 91 unit rumah telah siap dibina. Majlis itu bakal disertai ribuan penduduk bersama dengan menteri, ahli parlimen dan rabbai.

Sementara itu, Rejim Zionis pada Selasa malam dan fajar Rabu telah melancarkan kempen penahanan secara besar-besaran dengan menangkap 10 orang remaja Palestin. Mereka yang berpakaian biasa memecah masuk kediaman rakyat Palestin dan mengakibatkan rasa panik di kalangan wanita dan kanak-kanak.

Pada hari Selasa, Polis Israel telah menahan 15 orang pemuda Palestin di Bukit Zaitun, Baitul Maqdis dan megenakan tuduhan merancang untuk melancarkan Intifadha ke atas mereka. Sumber tempatan melaporkan, tentera Rejim Zionis menahan 20 rakyat Palestin di pelbagai kawasan Tebing Barat untuk disoal siasat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : mujaheed929

One reply on “Zionis mulakan pembinaan 105 unit rumah baru di wilayah Baitulmaqdis.”

Comments are closed.