Categories
Berita Semasa

Turki membatalkan latihan ketenteraan udara kerana penyertaan Israel.

Sabtu, 10/10/2009 – Turki telah membatalkan latihan tentera udara mereka yang sepatutnya melibatkan tentera Israel, AS, Itali dan NATO. Media Turki melaporkan pada Khamis, jurucakap kedutaan Israel di Ankara telah mengesahkan latihan yang bakal berlangsung di sebuah Pusat Tentera Udara teletak tengah-tengah Turki, Bandar Konya telah di batalkan oleh Turki pada bulan ini.

Dia dipetik berkata, dia tidak tahu menahu jika pembatalan pada tahun ini akan kekal pada masa akan datang. Keputusan ini disambut sebagai tanda kemenangan oleh rakyat Turki selepas Regim Zionis menyerang Baitul Maqdis dan Masjidil Aqsa.

Rakyat Turki menyeru agar Presiden mereka, Reccep Tayyip Erdorgan supaya tidak membenarkan Tentera Israel yang mana telah mengakibatkan pembunuhan ribuan rakyat Palestin daripada melibatkan diri dalam pertunjukan tersebut, yang juga bakal mencemari ruang udara Turki.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : mujaheed929