Categories
Berita Semasa

Masjid-masjid sekitar al-Quds Seru selamatkan Al-Aqsa.

Sabtu, 10/10/2009 –Masjid-masjid di sekitar al-Quds telah mengarahkan seluruh rakyat Palestin bangkit menjaga keselamatan al-Aqsa. Arahan turut mengarahkan rakyat palestin supaya membolos sekatan Zionis-Israel dan berjaga di luar al-Aqsa bagi mengahalang serangan ekstrimis Yahudi.

Mengikut laporan Lembaga al-Aqsa untuk Wakaf dan Warisan Islam, kerajaan haram Zionis-Israel sedang menggali terowong baru sedalam 6 meter di tembok sempadan al-Aqsa. Sementara itu, Zionis-Israel terus melakukan sekatan terhadap mereka yang berumur 50tahun ke bawah dari memasuki masjid al-Aqsa.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif