Categories
Berita Semasa

Penduduk halang tentera Zionis bina tembok penghadang.

Jumaat, 16/10/2009 – Pada tengah malam semalam (Isnin 12/10), satu pasukan tentera Zionis menyerbu ke pintu masuk perkampungan al-選sawiyyah di bandar al-Quds. Pasukan tentera ini diiringi oleh treler yang membawa bongkah-bongkah simen dengan ketinggian 4 meter, bertujuan untuk menutup jalan utama yang menyambung kampung al-選sawiyyah dengan kampung-kampung Arab lain sehingga bandar lama al-Quds. Mengetahui keadaan tersebut, sekumpulan anak-anak muda segera menyerang tentera Zionis tersebut serta menyerbu treler, menurunkan pemandunya dan merampas kuncinya. Setelah pihak tentera Zionis tidak lagi berjaya mengawal keadaan, mereka mengadakan rundingan dengan ketua kampung dan akhirnya persetujuan dicapai agar kunci treler dikembalikan dengan syarat mereka berundur dari kampung tersebut.
Pegawai tentera yang mengiringi treler tersebut memberikan alasan bahawa tujuan mereka mendirikan dinding penghadang adalah kerana bimbangkan keselamatan penduduk kampung daripada serangan Yahudi yang tinggal mengelilingi kampung tersebut, terutamanya Yahudi yang merampas Bukit Perancis. Kampung itu juga bersebelahan dengan Hospital Hadasa, hospital terbesar bandar al-Quds, di samping bersebelahan juga dengan Universiti Hebrew dan sebuah pusat pemerhatian, kajian cuaca dan sistem amaran awal.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir