Jumaat , 16/10/2009 – Pusat Hak Asasi Manusia Swasya menyatakan pada Khamis, bahawa Semenanjung Gaza mengalami kesukaran keadaan persekitaran terutama pencemaran air minuman disebabkan keganasan Israel dalam peperangan baru-baru ini dan kini pula menghadapi sekatan mereka.
Pusat Hak Asasi itu menyatakan bahawa perang Israel di Gaza telah memberi impak alam sekitar yang signifikan dalam kehidupan di Gaza, di mana Israel menggunakan sejumlah besar senjata terlarang antarabangsa dan mengebom sumber air dan rangkaian sistem kumbahan yang dibimbangi bercampur dengan air minuman yang akan menyebabkan pelbagai serangan penyakit.
Swasya menggesa PBB dan pertubuhan hak asasi manusia campur tangan dan menghantar pakar-pakar ke Gaza untuk menguji tahap pencemaran dalam air minuman dan membuat laporan tentang risiko tinggi tahap kesihatan masyarakat di Gaza.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : mujaheed929