Categories
Berita Semasa

Rezqa: Serangan Abbas terhadap Hamas merupakan upaya untuk membela diri.

Rabu , 21/10/2009 – Dr Yousuf Rezqa, penasihat politik perdana menteri Palestin di Gaza Sabtu lalu menyatakan bahawa kenyataan pedas Mahmoud Abbas terhadap Gerakan Hamas hadir ketika ketika beliau tidak berupaya membela diri selepas skandal politiknya tersebar disebabkan kedudukannya dalam laporan Goldstone.

Dr Rezqa juga berkata pihak Berkuasa Palestin (PA) di Ramallah juga menyumbang kepada kegagalan persidangan Doha yang dibuat tergesa-gesa ketika pencerobohan tentera Israel di Genting Gaza.

Beliau menambah bahawa Doha memberitahu kegagalan Abbas hadir ke sidang kemuncak itu harus dianggap sebagai usaha untuk melemahkannya, tetapi ia tetap tidak berganjak untuk menghentikan pencerobohan di Gaza dengan harapan orang-orang Israel akan menghancurkan Hamas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79

One reply on “Rezqa: Serangan Abbas terhadap Hamas merupakan upaya untuk membela diri.”

BOIKOT BRGN ISRAEL DAN SEKUTUNYA,BOIKOT SEHABIS BAIK!!!
SGGUP BANTU ISRAEL DAN SEKUTUNYA BUNUH SAUDARA SEISLAM KITA DENGAN GUNA DUIT KITA SENDIRI…?!?!
SEMOGA ALLAH BERI KEKUATAN KPD KITA UTK BUAT SEDAYA MGKIN…

Comments are closed.