Categories
Berita Semasa

Abdun Nasher Farawnah, 28 tahun di penjara Israel.

Isnin , 19/10/2009 – Menurut seorang bekas tahanan, Abdun Nasher Farawnah, Utsman Ali Hamdan merupakan seorang tahanan berpangkat tinggi telah dipenjara selama 27 tahun dan kini masih lagi dipenjarakan oleh Zionis-Israel. utsman ditahan pada 15/10/1982 kerana bekerjasama dengan Fatah menentang Zionis-Israel. Utsman yang mempunyai 7 orang anak yang mana Naji, 37 tahun merupakan yang tertua manakala Nadhal, 27 merupakan anak bongsu.

Anak-anak Utsman turut pernah ditangkap dan dipenjarakan. Mereka mengalami pelbagai siksaan pedih oleh Zionis-Israel. Dijangkakan seramai 111 orang tahanan Palestin yang telah menduduki penjara Zionis-Israel lebih daripada 20 tahun.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif