Categories
Berita Semasa

Khudari hargai sokongan tidak berbelah bahagi Turki.

Khamis, 22/10/2009 – MP Jamal Al-Khudari pada hari Selasa telah mengirimkan surat penghargaan kepada kerajaan Turki pimpinan Recep Erdogan atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka terhadap Palestin dan perjuangannya.

Beliau berharap negara akan mengikut tindakan yang dilakukan oleh Turki untuk menekan Israel menghentikan kekejaman terhadap Palestin. Kesengsaraan rakyat Palestin akan bertambah parah pada musim sejuk yang akan datang dimana beribu-ribu rumah masih tidak dapat dibina akibat sekatan Israel dan tindakan Israel yang bersifat hukuman ini merupakan satu jenayah perang yang tidak dapat dimaafkan, kata beliau.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous