Categories
Berita Semasa

Nasr : Mesir mesti mematuhi perjanjian awal dahulu.

Khamis, 22/10/2009 – Mohamed Nasr, anggota biro politik Hamas Rabu lalu mendesak Mesir agar kertas akhir pendamaian selari dengan dengan apa yang telah dipersetujui dalam rundingan di Kaherah dahulu sebelum pergerakan itu menerima untuk memeterai sebarang perjanjian lain.

“Hamas mahu agar kertas cadangan [Mesir] itu selari dengan keputusan terdahulu dan komited dengan semua perkara yang telah disepakati, sementara saudara di Mesir mengatakan bahawa kertas itu telah diterima [oleh semua pihak], jadi apa yang menyebabkan kita terus menggantung sesi dialog bagi menyesuaikan kertas tersebut dengan keputusan ini?

Saya kira jika ini dilakukan, perjanjian damai pasti akan ditandatangani dalam masa satu jam, “kata Nasr.

Beliau juga menafikan kedudukan Hamas ada kaitan dengan agenda asing sambil mengatakan Mesir lebih tahu daripada orang lain yang Hamas berkali-kali membuka jalan untuk pendamaian dan menyelamatkan dialog kebangsaan daripada musnah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79