Bekalan Susu Bayi Disekat Rejim Zionis


Isnin, 18/4/2005 – Rejim Zionis pada Sabtu lalu telah menahan sekumpulan ambulan yang ingin memasuki kawasan Mawasi di daerah Khan Younis, Jalur Gaza di mana mereka membawa susu bayi untuk diedarkan


Sumber tempatan menyebut 400 orang bayi di dalam keadaan sangat memerlukan susu. Oleh kerana keadaan ekonomi yang sangat meruncing, ibu bapa tidak mampu membekalkan susu.

Hospital al-Salam yang bekerjasama dengan pertubuhan kebajikan Wafa telah merancang untuk mengedarkan susu kepada bayi di kawasan Mawasi tetapi kempen tersebut dihalang dengan kekerasan oleh rejim Zionis.