Pope Kobtik menyelar ugutan Israel terhadap Aqsa

Kaherah, Isnin, 18/4/2005 ? Pope Kobtik Mesir Patriarch Senoda III, telah menyelar ugutan terbaru terhadap Masjid Aqsa oleh satu kumpulan fantik Yahudi dan menyifatkannya sebagai halangan kepada proses keamanan di Timur Tengah.

?Kaum Kobtik tidak akan memasuki Jerusalem, melainkan ia berada di tangan Muslim,? Pope berkata sebagai jawapan kepada beberapa permintaan yang dibuat oleh sesetengah Kobtik untuk melawat Jeruselam.

Dalam satu symposium anjuran Kelab Lyons Kaherah, dan dihadiri oleh orang awam dan personality media, Pope berkata bahawa ?apabila kelihatan sedikit cahaya keamanan, orang menyangka semuanya akan berakhir, tetapi, hakikatnya, tidak begitu, seperti bukti mutakhir ugutan-ugutan tehadap Aqsa.?

?Dengan kapasiti saya sebagai ketua majlid Gereja-gereja Timur Tengah, saya telah menandatangani satu kenyataan yang menyelar ugutan-ugutan terbaru Isreel terhadap tempat peribadatan yang dimuliakan itu. Saya tidak akan membenarkan seorang pun Kobtik melawat Jeruselam selagi ia berada dalam penjajahan walaupun berlaku tanda-tanda positif dalam proses perdamaian,? kata Pope.