Jumaat , 23/10/2009 – Ahli Parlimen Palestin dari Pegerakan Hamas, Mushir Al-Masri menyifatkan kesungguhan Menteri Luar Perancis, Bernard Kouchner untuk melawat medan tempur Semenanjung Gaza adalah satu langkah yang betul dalam berurusan dengan Hamas.
“Kenyataan yang Kouchner telah membatalkan jangkaan lawatan ke wilayah ini selepas dilarang oleh pihak berkuasa Israel untuk datang ke Gaza menunjukkan Perancis khususnya, dan Eropah, umumnya, telah mula menyedari yang mereka tidak dapat lagi menolak kenyataan dan mereka sepatutnya berurusan dengan Hamas”, Masri berkata di dalam kenyataan akhbar rabu lepas.
Beliau menambah, “Perancis dan Eropah sedar yang tindakan menyisihkan Hamas tidak memberi keuntungan pada mereka, dan pihak yang mereka harapkan di wilayah ini adalah lemah dan tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi pihak penduduk Palestin, dan Hamas kini menjadi unsur utama di wilayah ini yang tidak boleh diabaikan”.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil