Jumaat , 23/10/2009 – Para pelarian Palestin di Brazil mengeluh di atas kesulitan meraka alami kepada pihak PBB. Para pelarian masih lagi menantikan kerajaan Brazil untuk menunaikan janji-janji mereka seperti jaminan kesihatan, bantuan pendidikan dan sosial. Seramai 120 orang pelarian warga Palestin menetap di Brazil setelah mereka di usir secara paksa. Para pelarian turut memohon kepada PBB untuk dipindahkan ke negara lain yang dapat menjamin kehidupan mereka dengan lebih baik.
Pelarian hanya bergantung kepada derma dan sumbangan orang ramai kerana meraka tidak dibenarkan bekerja. Apa yang lebih mengecewakan ialah apabila pihak kedutaan PLO hanya melihat dan tidak melakukan apa-apa tindakan ke atas apa yang berlaku kepada pelarian Palestin ini.
sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif