Selasa , 27/10/2009 – Khaled Mesh’al, Ketua Biro Politik HAMAS menegaskan pencerobohan terhadap mana-mana bahagian bandar al-Quds sekitar Masjid al-Aqsa adalah umpama pencerobohan terhadap masjid itu sendiri.
Beliau seterusnya menambah dalam satu ceramah yang disampaikan pada petang Ahad (25/10) di ibunegara Syria, Damsyik, ketika memberi komentar terhadap pencerobohan yang dilakukan Zionis terhadap Masjid al-Aqsa, bahawa kejadian kali ini memberi kesan yang signifikan kerana Zionis telah memutuskan generator, memotong bekalan elektrik dan melarang azan daripada dikumandangkan di bandar al-Aqsa. Mereka juga menghalang penduduk al-Aqsa daripada memasuki Masjid al-Aqsa serta mengunci pintu-pintu masjid sebelah kiblat dengan ternakan babi. Tentera Zionis juga berada di situ dalam tempoh masa yang lama. Semua ini berlaku buat kali pertama yang mengukuhkan dakwaan kewujudan Kuil Sulaiman dan bagi menyelesaikan isu al-Quds jauh daripada proses perdamaian yang sedang berjalan.
Mesh’al menegaskan bahawa al-Quds di sisi kami ialah seluruh tanahnya dan seluruh batu tandanya, bukan sekadar Abu Dis. Beliau juga menegaskan bahawa al-Quds adalah milik penduduknya sama ada Islam atau Kristian. Zionis tiada hak di dalamnya. Beliau menyeru bangsa Arab dan umat Islam agar keluar untuk melakukan bantahan sebagai membela masjid al-Aqsa.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir