Khamis , 29/10/2009 – Pengarah operasi UNRWA di Semenanjung Gaza, John Ging, menggesa supaya semua laluan ke Gaza dibuka semula menjelang tibanya musim luruh, sambil menyifatkannya sebagai satu langkah politik utama dan penting bagi menamatkan penderitaan dan mengakhiri kepungan atas semenanjung tersebut.
Ging mengulas Isnin lalu bahawa tanpa pembukaan laluan dan penamatan kepungan tersebut, Musim Luruh ini akan menyaksikan tragedi penduduk Gaza bertambah berlipat ganda, sambil menekankan supaya bahan-bahan binaan seperti simen, kaca dan sebagainya dibawa masuk untuk membina semula kemusnahan akibat perang ke atas gaza dan juga membaik-pulih rumah-rumah yang rosak.
Pegawai UNRWA itu juga mengisytiharkan bahawa Agensi beliau dengan kerjasama agensi tempatan telah menyediakan 3100 peluang pekerjaan untuk jangkamasa 6 bulan bagi pekerja di sektor swasta.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil