Categories
Berita Semasa

(Terkini) Pilihanraya Palestin Januari tahun hadapan ?

Khamis , 29/10/2009 – Penganalisis politik Palestin Faraj Shalhoub mengutuk pemimpin Mahmoud Abbas yang mahu mengadakan pilihan raya pada Januari hadapan sebagai satu langkah tidak rasional dan menyokong Zio-American di bawah tajaan Arab yang bertujuan memberikan tekanan kepada pergerakan penduduk Hamas.

Dalam satu kenyataan akhbar untuk pusat maklumat Palestin (PIC), Shalhoub menyatakan yang langkah Abas ini bukan kerana menghormati pilihan demokratik penduduk Palestin atau ‘tarikh akhir’ perlembagaan tetapi kerana sikap Abbas dan para pengikutnya berdasarkan keputusan pilihanraya perundangan dahulu yang sehingga kini masih diingati.

Penganalisis itu menyatakan Abbas dan pengikutnya yang hanya berselindung disebalik demokrasi itu cuma mahu menjadikan pilihan raya ini sebagai satu jalan agar pihak Hamas hilang kuasa politik dengan menguasai pilihanraya dan memastikan agar sejarah 2006 tidak berulang lagi

Seorang pengikutnya yang juga pemimpin kanan Hamas, Abbas Al-Sayyed, yang merupakan seorang tahanan dalam penjara Israel, menyatakan bahawa perjuangan Abbas telah tersasar jauh dari kepentingan dan hak rakyat Palestin selepas dia dan para pengikutnya memilih untuk menyokong Zionists dan rakyat Amerika.

Dalam sepucuk surat bocor dari penjara, Sayyed menambah bahawa tindakan Abbas memerintahkan untuk mengadakan pilihan raya bukanlah suatu kejutan kerana subordinasinya kepada Israel dan AS telah menyebabkan perjuangan beliau telaj menyimpang jauh dari menjaga kepentingan penduduk Palestin.

Pemimpin Hamas itu menegaskan yang Hamas akan menghormati kehendak penduduk Palestin yang memilihnya dan akan terus kekal melindungi tanah airnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez